Oh! Tidak
Mekanik Didakwa Curi Coli Dan Pakaian Dalam Butik Di AEON Melaka
Mekanik didakwa mencuri coli dan pakaian bernilai RM491 di butik AEON Melaka minggu lalu.
Seorang mekanik lelaki berusia 21 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini selepas didakwa mencuri beberapa pakaian termasuk coli di sebuah butik terkenal dalam pusat beli-belah AEON Melaka. Tertuduh, Muhammad Aidil Mustaqim Zulkifeli bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sembilan barangan milik sebuah butik pakaian di AEON, Jalan Lagenda, Taman Lagenda kira-kira jam 7.50 malam Ahad lalu. Antara barangan yang didakwa dicuri ialah beberapa helai baju-T lelaki, pakaian wanita, coli, seluar pendek dan gaun dengan jumlah keseluruhan bernilai RM491.
Kes ini didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah benarkan ikat jamin

Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin sebelum ini menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh.
Namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhamad Mawardi Zainudin memohon jaminan rendah kerana anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.
Tertuduh bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan selain perlu menanggung ibunya yang menghidap barah otak.- Katanya.
Sebutan semula kes pada Jun

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Kalau sabit kesalahan, tertuduh bukan saja boleh dipenjara dan didenda, malah untuk kesalahan kedua dan seterusnya turut boleh dikenakan hukuman sebat.
Pssttt! Kadang-kadang bila baca kes macam ni memang ramai cepat menghukum. Tapi apa pun, biarlah mahkamah tentukan keputusan akhir berdasarkan bukti dan fakta yang ada.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM