Connect with us

Oh! Media

“Call Tak Jawab, Lambat Reply” – Dua Bulan Tinggal Anak Kepada Pengasuh, Ibu Kandung Langsung Tak Peduli 

Ohmedia aish Rayyan

Trending

“Call Tak Jawab, Lambat Reply” – Dua Bulan Tinggal Anak Kepada Pengasuh, Ibu Kandung Langsung Tak Peduli 

Luahan pengasuh mengenai anak didakwa terabai dan jarang dicari ibu kandung buat netizen sebak.

Seorang pengasuh meluahkan rasa kecewa dan sedih mendakwa ibu kandung kepada Aish Rayyan langsung tidak peduli mengenai anaknya sejak ditinggalkan pada Mac lalu.

Lebih memilukan, pengasuh tersebut mendakwa pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menghubungi ibu kandung kanak-kanak itu.

BACA: Pengasuh Nekad Ambil Rayyan Jadi Anak Angkat, Sebulan Tunggu Ibu Tak Kunjung Datang

IKLAN

Namun panggilan tidak dijawab dan mesej pula dibalas secara lambat serta tidak jelas menyebabkan proses pengambilan anak angkat menjadi rumit.

“Setiap kali WhatsApp, tak pernah tanya pasal anak”

Menerusi beberapa perkongsian di Facebook, pengasuh dikenali sebagai Babysitter Putra Perdana berkata dia sudah cuba berbincang secara baik mengenai masa depan kanak-kanak tersebut termasuk urusan pengambilan anak angkat secara sah.

Namun, ibu kandung terbabit didakwa sering memberi alasan selain gagal memberikan kerjasama seperti dijanjikan sebelum ini.

Lebih menyedihkan apabila pengasuh itu mendakwa setiap kali dia menghubungi ibu kandung berkenaan, wanita itu langsung tidak bertanya keadaan anaknya sendiri.

Oh ibu… kau tak nak ke jumpa anak kau sendiri? Jarang sangat kau tanya khabar dia. Setiap kali aku WhatsApp, langsung tak pernah tanya pasal anak kau.

Sudah turun naik JKM, polis dan JPN

Menurut pengasuh tersebut, dia juga sudah membuat laporan polis selain mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya segala urusan dilakukan mengikut saluran yang betul.

Katanya, keluarga sebelah ibu termasuk nenek kanak-kanak tersebut sebelum ini juga pernah bersetuju supaya anak itu dijaga olehnya demi masa depan yang lebih baik.

Namun sehingga hari ini, segala janji dan pertemuan susulan yang dijanjikan masih belum berlaku.

“Mana hati seorang ibu?”

Luahan pengasuh itu turut membuatkan ramai netizen sebak selepas dia mempersoalkan bagaimana seorang ibu sanggup menjauhkan diri daripada anak yang dilahirkan sendiri.

Aku tertanya-tanya… mana hati seorang ibu? Takkan langsung tak ada rasa kasihan, rindu… pada anak yang lahir dari rahim sendiri?.

Dia juga mengakui terlalu sedih dengan situasi tersebut sehingga akhirnya memilih menyerahkan segala urusan kepada pihak JKM.

Kes kini dalam perhatian JKM

Menurut pengasuh berkenaan, buat masa sekarang pihak JKM meminta supaya kanak-kanak itu dijaga sementara waktu sehingga siasatan dan urusan lanjut selesai.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial dengan ramai netizen berharap nasib kanak-kanak itu terbela dan mendapat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Pssttt! Dalam apa juga keadaan, anak kecil tak sepatutnya menjadi mangsa kepada masalah orang dewasa. Bila baca luahan macam ni, memang susah nak bayangkan apa yang dirasai seorang anak yang membesar tanpa perhatian dan kasih sayang ibu sendiri. Semoga segala urusan kanak-kanak ini dipermudahkan.

Kredit: Facebook Babysitter Putra Perdana
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas