Trending
“Pergi Salah, Balik Pun Salah” – Nadzmi Adhwa Kecewa Ardell Aryana Masih Dikecam Netizen
Nadzmi Adhwa luah kecewa Ardell Aryana masih dikecam netizen.
Pelakon, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila isterinya, Ardell Aryana masih terus menerima kecaman netizen walaupun sudah pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza.
Ardell sebelum ini berlepas ke Barcelona, Sepanyol pada 5 April bagi menyertai misi tersebut, namun tindakannya sekali lagi mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Luahan Nadzmi Adhwa undang perhatian

Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi tampil dengan nada sinis namun jelas menunjukkan rasa terkilan sebagai suami apabila isterinya terus menjadi sasaran kecaman.
Lah ingat bini aku dah balik dah okay, tak puas hati juga ke? Pergi salah, balik salah. Ikutlah, Ambillah dunia ni ya. Yela korang je lah betul. Baiklah saya salah, Alhamdulillah.
Luahan itu menggambarkan tekanan yang dihadapi pasangan ini apabila setiap tindakan mereka terus diperhatikan dan dikritik.
Ada juga netizen yang berikan sokongan

Dalam masa sama, ada netizen yang tampil memberikan sokongan dan meminta Nadzmi supaya terus bersabar serta tidak melayan kecaman yang diterima.
Namun begitu, terdapat juga pihak yang mempertikaikan penyertaan kali kedua Ardell dalam misi kemanusiaan tersebut, dengan alasan bimbang terhadap keselamatannya selepas pengalaman lalu.
Pssttt! Setiap pilihan hidup pasti ada pandangan berbeza, tapi biarlah ia disampaikan dengan adab. Kita boleh berbeza pendapat tanpa perlu menjatuhkan sesama sendiri.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM