Trending
Harga Minyak Global Tak Menentu, PMX Dedah Kerajaan Tanggung Subsidi 5 Bilion Sebulan
Subsidi minyak Malaysia melonjak RM5 bilion sebulan akibat konflik Asia Barat.
Kerajaan kini terpaksa menanggung RM5 bilion sebulan bagi subsidi bahan api susulan ketidaktentuan harga minyak global akibat konflik di Asia Barat.
Menurut laporan Kosmo, angka itu meningkat jauh berbanding hanya RM700 juta sebulan pada Januari lalu dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kalau harga setakat sekarang, RM5 bilion satu bulan. Bayangkan 10 bulan, RM50 bilion daripada dana kerajaan.
Tekanan besar kepada kewangan negara

Menurut Anwar, jika harga minyak terus meningkat, kerajaan berkemungkinan perlu menanggung kos subsidi lebih tinggi pada masa akan datang.
Beliau turut menegaskan bahawa semua pihak, termasuk penjawat awam, perlu memahami kekangan sebenar kerajaan dalam menguruskan subsidi agar tidak timbul salah faham.
Tidak boleh kata ini urusan Kementerian Ekonomi atau Kementerian Kewangan, tak. Ini urusan kita.
Kerajaan kaji bantuan bersasar

Dalam masa sama, kerajaan meminta kementerian berkaitan untuk meneliti bentuk bantuan terbaik kepada golongan rakyat yang masih terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.
Langkah ini penting bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Pssttt! Subsidi membantu rakyat, tapi penggunaan berhemah juga penting. Sama-sama jaga ekonomi negara demi masa depan yang lebih stabil.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM