Connect with us

Oh! Media

Penuntut Kolej Ditemui Maut Dalam Kereta, Rupanya Mayat Dibuang Tepi Jalan

Ohmedia pdrm

Trending

Penuntut Kolej Ditemui Maut Dalam Kereta, Rupanya Mayat Dibuang Tepi Jalan

Penuntut kolej dipercayai dibunuh dalam kereta sebelum mayat dibuang di jalan.

Kes pembunuhan kejam seorang penuntut kolej wanita berusia 19 tahun di Ketereh terus meruntun hati ramai.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa yang berasal dari Perak dipercayai dibunuh dalam kereta sebelum mayatnya diletakkan di atas jalan di Kampung Simah, Ketereh sekitar jam 12.30 tengah malam.

Lebih menyayat hati, mangsa ditemui dengan 61 kesan tikaman di seluruh badan.

IKLAN

Penuntut kolej sempat keluar makan sebelum dibunuh

Pelajar Kolej

Menurut sumber, mangsa sempat keluar bersama dua suspek berasingan pada hari kejadian.

Pada waktu siang, mangsa keluar bersama seorang suspek menaiki Honda City sebelum dihantar pulang ke kondominium.

Namun pada sebelah malam, mangsa keluar makan bersama suspek kedua yang dipercayai suspek utama.

Mereka makan di sebuah kedai di Wakaf Bharu, Tumpat dan mangsa sempat muat naik status makanan di WhatsApp sekitar jam 11 malam.

Tidak lama selepas itu, mangsa ditemui tidak bernyawa.

Dibunuh di lokasi lain, mayat dibuang

Ohmedia ditahan polisjpg

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi penemuan.

Punca kematian akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.

Polis telah menahan dua remaja lelaki yang kini direman selama tujuh hari.

Turut ditahan, pasangan warga emas (ibu bapa kepada salah seorang suspek) yang direman selama tiga hari.

Kedua-dua kenderaan iaitu Honda City dan Perodua Bezza turut dirampas bagi membantu siasatan.

Mangsa pada awalnya ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihak polis berjaya mengenal pasti identitinya melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Difahamkan, suspek utama baru mengenali mangsa sebelum kejadian.

Pssttt! Jangan mudah percaya dan keluar dengan individu yang baru dikenali. Keselamatan diri perlu sentiasa jadi keutamaan, walau dalam situasi yang nampak biasa.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas