Oh! Tidak
Konon Rumah Penuh, Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Janda Warga Asing Di Hotel
Lelaki tersebut berusia 20-an berasal dari Muar dan bekerja di Kuala Lumpur.
Cubaan seorang lelaki menggunakan alasan rumah penuh dengan ahli keluarga untuk bermalam di hotel akhirnya terbongkar apabila dia ditahan kerana berkhalwat bersama seorang janda warga asing di Johor.
Memetik laporan Harian Metro, kisah ini terdedah selepas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menjalankan operasi lewat malam dan menyerbu sebuah bilik hotel yang didiami pasangan terbabit.
Serbuan tengah malam bongkar hubungan sebenar
Dalam operasi sekitar jam 12.30 tengah malam itu, pintu bilik hotel diketuk sebelum dibuka oleh seorang lelaki yang lengkap berpakaian. Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 20-an itu kelihatan panik sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Pemeriksaan lanjut menemukan seorang wanita berusia 30-an berada di dalam bilik berkenaan. Keadaan bilik yang tidak terurus serta beberapa barangan peribadi wanita yang ditemui menguatkan lagi syak bahawa mereka bukan sekadar rakan biasa.

Siasatan awal mendapati pasangan tersebut bukan suami isteri. Lelaki terbabit masih bujang dan bekerja di Kuala Lumpur, manakala wanita berkenaan berasal dari negara jiran serta bekerja di sebuah kedai makan di Johor.
Menurut maklumat, mereka mendaftar masuk ke hotel kira-kira jam 11 malam selepas lelaki itu menjemput wanita terbabit dari tempat kerjanya dengan menaiki motosikal.
Ketika disoal, lelaki itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel kerana rumahnya dipenuhi ahli keluarga. Malah, dia turut mengakui tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat atas alasan kewangan belum stabil.
Susulan kejadian itu, kedua-duanya telah direkodkan keterangan dan bakal didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan berkhalwat.
Pssttt! Alasan mungkin kedengaran mudah, tetapi tindakan tetap membawa implikasi. Dalam hal berkhalwat, bukan sahaja melibatkan undang-undang, malah soal maruah dan masa depan. Apa pun situasi, lebih baik elakkan perkara yang boleh menjerumuskan diri ke dalam masalah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM