Oh! Artis
Mawar Rashid Didakwa Sudah Berkahwin, Ini Respon Tuan Badan!
Mawar Rashid nafikan khabar angin bakal berkahwin dengan lelaki Brunei. Akui terkejut dan kini hanya fokus pada anak-anak.
Pelakon, Mawar Rashid tampil menafikan dakwaan kononnya dia bakal kembali bergelar isteri dengan seorang lelaki dari Brunei, seperti yang diperkatakan baru-baru ini.
Menurut laporan Oh Bulan, Mawar mengakui dirinya terkejut apabila mengetahui spekulasi berkenaan, malah menegaskan dia sendiri tidak tahu-menahu tentang khabar angin tersebut.
Mana dapat info tu? Saya pun tak pernah tahu. Kalau saya pun tak tahu, macam mana saya nak jawab? Saya pun terkejut dapat tahu khabar angin ini.
Mungkin salah orang rasanya… mereka mungkin salah ibu tunggal ni.”
Mawar Rashid jawab spekulasi netizen

Menurut Mawar, desas-desus tersebut berkemungkinan tercetus susulan perkahwinan ibunya dengan seorang lelaki dari Brunei, sekali gus menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Mungkin ia terkait dengan saya sebab ibu saya baru berkahwin dengan orang Brunei. Jadi, mungkin sebab itulah keluar berita begini.
Mawar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Nikmat Iftar Ramadan yang berlangsung di Tiffin 55, Sabtu lalu.
Fokus kini hanya untuk anak-anak

Dalam pada itu, pelakon drama Nikmat Hanya Sesaat ini menegaskan fokus utamanya ketika ini hanyalah terhadap anak-anak dan masa depan mereka yang semakin membesar.
Sekarang saya fokus pada anak-anak dan masa depan mereka. Itu adalah keutamaan saya.
Nak pula anak saya pun sudah ada yang masuk darjah satu. Memang tak sempatlah nak keluar atau melakukan apa-apa.
Pssttt! Tak semua yang tular itu benar. Sebelum membuat andaian, selidik dulu fakta sebenar agar tidak menambah tekanan kepada individu terlibat.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM