Connect with us

Oh! Media

KBS Tahan Dana FAM, Hannah Yeoh Beri Amaran Tegas

Ohmedia hannah Yeoh Fam

Oh! Arena

KBS Tahan Dana FAM, Hannah Yeoh Beri Amaran Tegas

Kecoh isu pemalsuan dokumen pemain warisan! Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan tiada dana tambahan akan diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga semua kemelut diselesaikan sepenuhnya.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata perkara ini penting bagi memastikan setiap sen duit rakyat dibelanjakan dengan berakauntabiliti.

Dana ini tidak dibenarkan untuk FAM gunakan bagi proses-proses rayuan ini… kita tidak akan tambah geran untuk mereka sehingga FAM menguruskan isu ini dengan baik.

Hannah turut menyebut, jika FAM mahu meneruskan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), kos tersebut perlu ditanggung oleh FAM sendiri.

IKLAN

Laporan FIFA: Malaysia di ambang risiko

Fam Harimau Malaya

Isu ini semakin serius apabila Jawatankuasa Rayuan FIFA mengeluarkan laporan setebal 63 muka surat berkenaan keputusan menolak rayuan FAM dan tujuh pemain terlibat.

Lebih membimbangkan, kedudukan Malaysia juga berisiko dengan pemotongan mata atau gagal melayakkan diri ke Piala Asia sekiranya Bola Sepak Asia (AFC) mengambil tindakan terhadap Harimau Malaya.

FAM boleh ke CAS, tapi risiko tetap tinggi

Fam Harimau Malaya

Hannah juga berkata yang langkah ke CAS adalah pilihan, tetapi ia juga mungkin boleh memburukkan keadaan.

Sama ada wajar ke CAS atau tidak, itu hak FAM… tetapi FAM kena bersedia jika CAS tidak berpihak kepada mereka, hukuman itu boleh dipertingkatkan.

Cadangan baharu: Semua permohonan naturalisasi dirujuk kepada MSN

Hannah yeoh 810x538jpg

Bagi mengelakkan isu sama berulang, Hannah mencadangkan agar permohonan naturalisasi pemain selepas ini:

  • Perlu dirujuk kepada Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum dihantar ke KDN.
  • MSN lebih arif dalam menentukan sama ada pasukan benar-benar memerlukan pemain warisan atau tidak.

Pssttt! Integriti bukan pilihan, ia asas membina kepercayaan. Dalam sukan atau apa jua organisasi, selesaikan masalah dari punca sebelum minta lebih. Rakyat pun nak lihat ketelusan, bukan alasan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19

OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas