Trending
“Saya Tiada Apa Nak Disampaikan” – Haqiem Stopa Akhirnya Buka Mulut Lepas Tular Isu Curang
Haqiem Stopa pilih untuk tidak kongsi hal rumah tangga di media sosial.
Selepas tular dakwaan isteri, Aireen yang mendakwa suaminya berlaku curang dengan gadis berusia 18 tahun, pempengaruh popular Haqiem Stopa akhirnya tampil memberi reaksi di Instagram Story.
Dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik, Haqiem memohon maaf kepada semua pihak namun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya di media sosial.
“Saya tiada apa-apa statement, tiada apa nak disampaikan”

Kenyataan itu dibuat selepas namanya menjadi bualan hangat di media sosial susulan pendedahan isterinya yang mendakwa dia telah ditinggalkan sejak berpantang dan kembali dikhianati baru-baru ini.
Malah, melalui siaran langsung di TikTok Aireen menjelaskan curang bukan kali pertama berlaku. Suaminya didakwa sudah berkali-kali buat hal sampai Aireen tak mampu bersabar lagi.
View on Threads
Walaupun Haqiem memilih untuk berdiam diri buat masa ini, ramai warganet di ruangan komen platform lain masih menantikan penjelasan penuh daripadanya.
Ada yang menghormati keputusan Haqiem untuk tidak membuka hal rumah tangga secara terbuka, namun ada juga yang berpendapat kenyataannya masih terlalu umum dan tidak menjawab persoalan yang tular.
Sementara itu, ramai turut menasihati agar kedua-dua pihak mengambil masa untuk bertenang dan menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa melibatkan tekanan dari media sosial.
Pssttt! Harapnya, Haqiem dan Aireen dapat selesaikan masalah ini dengan matang demi kebaikan bersama, terutama anak mereka. Kesian anak masih kecil lagi kan 🙁
Kredit: Instagram Haqiem Stopa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 16 hours ago