Oh! Negara
Pindaan Akta PTPK: Peluang Baru Untuk Rakyat Tambah Kemahiran Profesional
Pindaan Akta PTPK 2025 buka peluang pembiayaan kursus profesional dan lesen industri untuk rakyat tambah kemahiran kerja.
Setiap kali lepas kerja atau tunggu anak habis sekolah, ramai antara kita habiskan masa scroll telefon dan nampak iklan kursus di mana-mana – dari kursus data, cloud, keselamatan tempat kerja sampai ke baiki kereta elektrik.
Tapi bila tengok harga yuran, terus rasa patah semangat. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi, ramai akhirnya hanya belajar sendiri melalui YouTube tanpa sijil atau lesen profesional yang majikan cari.
BACA: Pakar Tanpa Tauliah Diiktiraf Selepas Pindaan Undang-Undang
Kini, pindaan Akta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) memberi sinar baru buat rakyat yang mahu tambah kemahiran tanpa terbeban dengan kos tinggi.
Skim yang dulunya fokus kepada laluan TVET biasa kini diperluas kepada kursus profesional moden dan lesen industri yang relevan dengan keperluan kerja masa kini.
Apa itu PTPK ?

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ialah skim pinjaman latihan kemahiran untuk rakyat.
Selama ini pembiayaan kewangan hanya tertumpuan pada Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia di bawah JPK.
Melalui RUU Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025, skop pembiayaan akan diperluaskan:
- Sijil profesional & kompetensi industri (contoh: Microsoft/Cisco/AWS untuk digital; OSH untuk keselamatan & kesihatan pekerjaan),
- Latihan perlesenan kerja (contoh: Suruhanjaya Tenaga – pendawai/chargeman; American Welding Society (AWS) – kimpalan),
- Kursus kemahiran pendek yang diiktiraf industri dan diperlukan majikan.
Maksudnya, selain laluan JPK, laluan profesional/lesen industri pun boleh mohon bantuan kewangan PTPK.
Apa yang berubah?
- Skop pinjaman lebih luas: bukan sekadar SKM sahaja; sijil kemahiran dari badan profesional/lesen pun layak.
- Proses lebih pantas & digital: kelulusan tak perlu tunggu lama. Lebih cepat, lebih mudah.
- Tadbir urus & penguatkuasaan diperkukuh: jaga integriti dana, pastikan pinjaman sampai kepada kursus yang relevan & berkualiti.
Contoh kursus/lesen yang “laku keras” di pasaran
- Digital/IT: Microsoft Certified, Cisco CCNA, AWS Cloud Practitioner.
- Tenaga/Elektrikal: Pendawai/Chargeman (ST), Penyelenggaraan elektrik bangunan & industri.
- Keselamatan & Kesihatan: Pegawai OSH, SHO modules, ISO-related compliance.
- Pembuatan/Minyak & Gas: Kimpalan (AWS), NDT asas, penyelenggaraan mesin.
- Servis teknikal: HVAC asas, automotif EV asas, automasi/PLC tahap asas.
Tip: pilih kursus yang diiktiraf industri, ada kebolehpasaran tinggi, dan jelas laluan kerjayanya.
Bagaimana nak mula
- Tentukan kemahiran sasaran – tengok iklan kerja, kenal pasti sijil/lesen yang majikan minta.
- Semak pusat latihan – pilih penyedia yang bona fide & diiktiraf (JPK/profesional/lesen).
- Mohon pinjaman PTPK – sediakan dokumen asas (IC, slip gaji/penyata, tawaran kursus).
- Belajar & siapkan persijilan – fokus lulus, kumpul portfolio asas.
- Cari kerja/naik gaji – kemas kini CV, mohon jawatan yang selari dengan kelayakan baharu.
Tak semua orang ada laluan akademik yang lurus. Ramai yang berbakat, cuma terhalang oleh kos. Dengan peluasan PTPK di bawah pindaan ini, pilihan jadi lebih adil: siapa rajin dan sanggup belajar, ada ruang untuk bergerak naik.Akhirnya, keputusan di tangan kita. Pilih kemahiran yang tepat, ambil langkah pertama, dan bina haluan kerja yang lebih bernilai.
Siaran media
Pssttt! Langkah Kementerian ini wajar dipuji kerana ia bukan sekadar membantu anak muda, tapi juga pekerja sedia ada yang mahu tingkatkan nilai diri. Bila peluang kemahiran dibuka luas, barulah rakyat dapat bersaing dalam dunia kerja yang semakin mencabar.
Kredit: Instagram mykesuma
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM