Oh! Tidak
Kantoi Dalam Tandas Kolej Vokasional! Pelajar Dan Teman Lelaki Didenda Kerana Berkhalwat
Hasil siasatan JAIM mendapati tertuduh mengaku melakukan hubungan terkutuk di tandas itu.
Cinta membawa padah apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 dan teman lelakinya ditangkap berkhalwat di dalam tandas sebuah kolej vokasional di Melaka.
Tindakan berdua-duaan itu akhirnya membawa mereka ke muka pengadilan dan masing-masing dikenakan denda berjumlah RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh.
Didenda RM2,000 dan RM3,000 setiap seorang
Lapor Harian Metro, hukuman itu dijatuhkan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin selepas meneliti fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pemberatan daripada pihak pendakwaan.

Tertuduh lelaki, yang kini bekerja dengan syarikat konsesi pembersihan, didenda RM3,000 manakala pelajar perempuan berusia 17 tahun itu dikenakan denda RM2,000.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati berkurung di dalam tandas perempuan kolej kira-kira jam 11 pagi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 53 (1) dan 53 (2) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman diringankan kerana menanggung keluarga, manakala pelajar perempuan itu memberi alasan masih belajar.
Lebih mengejutkan, siasatan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), tertuduh lelaki turut mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar terbabit di dalam tandas berkenaan.
Pssttt! Kalau dah cinta sampai lupa batas, inilah akibatnya. Walaupun masih muda dan mungkin tersilap langkah, perbuatan sebegini jelas mencemarkan nama baik keluarga serta institusi pendidikan. Semoga kisah ini jadi pengajaran untuk remaja lain supaya tahu beza antara kasih sayang dan dosa.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM