Trending
Ibu Mentua Nubhan Bersuara Isu Fitnah RM5 Juta, Serah Pada Peguam Ambil Tindakan
Ibu mentua Nubhan, Dr. Zailah, yakin kebenaran akan terbongkar.
Selepas hangat dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afifah meminta penyanyi Nubhan Ahmad menyerahkan RM5 juta jika mahu menceraikan isterinya, ibu mentua kepada Nubhan akhirnya tampil bersuara.
Dalam satu kenyataan di Instagram, Dr. Zailah menyatakan beliau dan keluarganya sedang melalui ujian berat selepas pelbagai cerita dan tuduhan tidak benar tersebar di media sosial.
BACA: “Inikah Caramu Melukai Ku? Aku Ibu Kepada Anak-Anakmu” – Dr. Fie Merayu Kepada Nubhan
Beliau meluahkan rasa sedih apabila nama keluarganya turut dikaitkan dengan pelbagai tafsiran yang tidak tepat.
Serah pada peguam, enggan terus difitnah
Dr. Zailah memaklumkan bahawa beliau telah melantik peguam dari Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan serta hantaran yang bersifat fitnah terhadap mereka sekeluarga.

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu dan mencemarkan nama baik keluarganya.
Beliau menegaskan tidak akan berdiam diri sekiranya maruah keluarga terus dipermainkan. Dalam kenyataan sama, beliau turut menasihati orang ramai agar berhenti menyebarkan cerita tidak sahih serta mengeluarkan komen yang hanya berdasarkan khabar angin.

Tambah Dr. Zailah, beliau tidak pernah mencari perhatian atau mahu bergaduh dengan sesiapa. Apa yang diharapkan hanyalah ketenangan buat anak-anak serta cucu-cucunya yang kini turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Pssttt! Nampaknya isu rumah tangga Nubhan dan isterinya makin panas bila keluarga juga terpalit sama. Apa pun, tindakan Dr. Zailah menyerahkan hal ini kepada peguam menunjukkan beliau mahu perkara ini diselesaikan dengan cara yang betul, bukan melalui perang di media sosial.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM