Connect with us

Oh! Media

Dua Malim Gunung Ditahan Lepas Pendaki Maut Di Gunung Liang, Didakwa Masuk Hutan Simpan Tanpa Permit

Ohmedia pendaki

Trending

Dua Malim Gunung Ditahan Lepas Pendaki Maut Di Gunung Liang, Didakwa Masuk Hutan Simpan Tanpa Permit

Dua malim gunung didakwa masuk hutan simpan Perak tanpa permit sah.

Insiden pendaki lelaki yang ditemukan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang, Muallim, semalam, membawa kepada penahanan dua malim gunung oleh pihak polis dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk).

BACA: “Ditinggalkan Seorang Diri?” — Pendaki Gunung Liang Ditemui Maut, Netizen Persoal Tindakan Sweeper Lepas Tangan

Lapor Harian Metro, dua malim gunung itu ditahan selepas didapati membawa kumpulan pendaki masuk ke kawasan hutan simpan di Perak tanpa permit sah.

IKLAN

Tak miliki permit untuk kawasan Perak

Liang

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kumpulan yang terdiri daripada 10 pendaki itu memperoleh permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana memulakan pendakian dari Bentong.

Namun, siapa sangka mereka menamatkan pendakian di Muallim, Perak.

Jadi tangkapan terhadap dua malim gunung ini kerana mereka ada permit memasuki hutan simpan semasa di kawasan Pahang namun sebaliknya mereka turun dan memasuki kawasan hutan simpan di Perak iaitu sebelah Muallim.

Tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak atas kesalahan memasuki atau berada di kawasan hutan simpan tanpa permit atau kelulusan yang sah.

Tambah beliau, dua individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Pendaki maut ditemui di Puncak Gunung Liang

Gunung Liang 1

Tedahulu, media melaporkan mangsa dikenali sebagai Mustaqqeem Mansoor dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah ketika mendaki bersama 10 rakannya dari Bukit Fraser pada 10 Oktober lalu.

Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mangsa ditemukan tidak bernyawa seorang diri di puncak Gunung Liang Barat, Muallim pada jam 3.30 petang semalam.

Pssttt! Apa yang berlaku ni jadi pengajaran buat semua pendaki agar sentiasa semak laluan dan permit sebelum memulakan ekspedisi, terutama bila melibatkan dua negeri. Kadang nampak kecil, tapi urusan permit ni penting untuk keselamatan dan undang-undang. Takziah buat keluarga arwah Mustaqqeem dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas