Oh! Artis
“Bukan Amad Je Terkena, Adik Amad Pun Kena Tempiasnya” – Tokti Bersuara Jelaskan Isu Di TTMM
Tokti tampil bersuara jelaskan keadaan sebenar Amad Dayyan berhubung insiden di TTMM.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) tampil bersuara berhubung insiden melibatkan anak saudaranya, Amad Dayyan ketika persembahan Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) malam tadi.
BACA: “Bapa Tiri Amad Call Tanya Pasal Ustaz” – Shuib Tak Nafi Wujud Unsur Mistik
“Kondisi Amad baik dan fit untuk persembahan”
Menerusi perkongsian di Instagram, Tokti memuat naik video latihan Amad bersama Nadeera menandakan Amad sebenarnya berada dalam keadaan baik, sihat dan cukup bersedia untuk persembahan.
Namun, takdir berkata lain pada malam berkenaan. Tambah Tokti, sebagai ahli keluarga, mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Amad.
Penyanyi terkenal ini menafikan faktor kesihatan, tekanan, penat atau komen netizen membuatkan Amad tiba-tiba jatuh sakit.
Sebagai manusia biasa, kita percaya dalam kehidupan kita, ada hal-hal luar dugaan, hal-hal tak masuk di akal tetapi itulah hakikatnya.
Beliau turut meminta agar orang ramai tidak membuat pelbagai andaian terhadap Amad kerana hanya mereka yang berada di lokasi sebenar mengetahui situasi sebenar.
Untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah ada pelbagai persepsi kerana mereka yang melihat kejadian sahaja yang tahu.
“Adik Amad pun kena tempiasnya”

Menurut Tokti lagi, bukan Amad sahaja yang terkesan dengan kejadian itu, tetapi adiknya Aisy turut terkena tempias akibat situasi yang berlaku.
Setiap kita ada cabaran, ini kan pula dalam bidang seni. Segalanya terbuka luas… Malah malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena tetapi adik Amad, Aisy juga terkena tempiasnya.
Tokti menutup kenyataannya dengan doa agar semuanya dilindungi dan berharap agar Amad terus kuat serta bangkit semula selepas ujian yang menimpanya.
Pssttt! Semoga Amad Dayyan dan keluarga terus kuat menghadapi ujian ni dan kembali beraksi dengan semangat baru.
Kredit: Instagram ctdk
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM