
Oh! Negara
“InsyaAllah Akan Menang Lagi” – Syed Saddiq Lawan Rayuan Kerajaan Di Mahkamah
Syed Saddiq yakin kebenaran akan berpihak kepadanya dan akan terus melawan di mahkamah.
Nampaknya kes melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih belum selesai apabila kerajaan memutuskan untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada semua pertuduhan.
BACA: Pendakwa Raya Fail 28 Alasan Desak Mahkamah Persekutuan Batalkan Keputusan Bebaskan Syed Saddiq
Syed Saddiq bagaimanapun tidak gentar dan mahu berjuang untuk keadilan dirinya. Beliau menegaskan bahawa dirinya tetap percaya kepada proses keadilan dan bersedia berdepan cabaran baharu di mahkamah.
Percaya kebenaran akan ditegakkan

Beliau dilihat kekal bersemangat dan menzahirkan keyakinan bahawa kemenangan di pihaknya akan berulang walaupun kerajaan memilih untuk meneruskan proses rayuan.
Keputusan sebelum ini
Pada 20 September lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan keputusan bahawa Syed Saddiq tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah, salah guna wang sumbangan dan pengubahan wang haram. Panel tiga hakim memutuskan pembebasan itu dengan majoriti 3-0.
Namun, pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan untuk membawa semula kes ini ke peringkat seterusnya.
Pssttt! Walaupun bebas sebelum ini, nampaknya perjalanan kes Syed Saddiq masih belum berakhir. Semoga kebenaran di pihak yang benar.
Kredit: Instagram Syed Saddiq | Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
