Connect with us

Oh! Media

Tunku Mahkota Johor dan Syed Saddiq Bersedia Untuk Berentap

Tmj2bsyed2bsaddiqjpg

Oh! Negara

Tunku Mahkota Johor dan Syed Saddiq Bersedia Untuk Berentap

Nampaknya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyahut cabaran dengan beraninya untuk berentap dengan pasukan pilihan Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam aksi perlawanan bola sepak.

Pihaknya juga dikatakan akan menghantar surat kepada Tunku Ismail untuk mengatur perlawanan yang objektif utamanya untuk mengeratkan silaturahim antara dua pasukan terlibat.

“Saya akan utuskan surat kepada TMJ. Ini merupakan perlawanan persahabatan untuk mengeratkan silaturahim dan memastikan bahawa sukan dijadikan jambatan untuk menyatupadukan semua.

IKLAN

“Saya agak yakin itu merupakan fungsi utama sukan. Untuk kita kekal sihat dan pada masa sama untuk kita sentiasa mengeratkan silaturahim,” katanya ketika ditemui media.

Sebelum ini, ada banyak permintaan untuk melihat TMJ dan Syed Saddiq bertarung dan baginda dilihat bersedia untuk menjayakan pertemuan itu.

“Cabaran diterima, Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) akan dibuka untuk menentang pasukan ‘Picasso’. Pertembungan seperti ‘gladiator’ ini mesti berlangsung.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas