Connect with us

Oh! Media

Zarina Anjoulie Muncul Dalam Video Bersama Hot Daddy Undang Perhatian Ramai

Ohmedia zarina Anjoulie Anju Hot Daddy

Trending

Zarina Anjoulie Muncul Dalam Video Bersama Hot Daddy Undang Perhatian Ramai

Zarina Anjoulie sekali lagi cetus kontroversi selepas muncul dalam video bersama Hot Daddy.

Nama pelakon, Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil Anju kembali mencuri perhatian selepas memuat naik satu video di Instagram miliknya.

Kalau korang tengok video itu, Anju kelihatan rancak berbual bersama beberapa wanita di dapur, namun yang lebih mengejutkan ialah kemunculan ‘Hot Daddy’ yang merupakan seorang individu yang pernah terpalit kontroversi besar.

Zarina Anjoulie nak belajar?

Dalam rakaman tersebut, Zarina berkata yang dirinya dirinya kena belajar memasak dengan mereka. Pulak dah!

IKLAN

Hari ini kita masak-masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salad sahaja.

Walaupun sekadar rakaman santai, kehadiran Hot Daddy dalam video itu membuatkan ramai netizen tertanya-tanya apakah tujuan sebenar Anju berada bersama mereka.

Siapa sebenarnya Hot Daddy?

Hot Daddy

Bagi yang tidak tahu, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah diburu polis kerana didakwa terlibat dalam aktiviti persundalan dan penjualan video lucah.

Pada tahun 2024, beliau pernah dituduh membuat iklan khidmat persundalan melalui aplikasi X dan menjual rakaman lucah. 

Namun, pada Disember tahun sama, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan beliau dan dua rakan wanitanya.

Pssttt! Tak semua perkara perlu dikongsi di media sosial, lebih-lebih lagi bila melibatkan individu penuh kontroversi. Kadang-kadang diam itu lebih selamat.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas