Connect with us

Oh! Media

”Adik Zara Patut Hidup, Tapi Sistem Gagal Lindungi Dia..” – Mimi Lana

Ohmedia zara Qairina

Trending

”Adik Zara Patut Hidup, Tapi Sistem Gagal Lindungi Dia..” – Mimi Lana

Mimi Lana tuntut keadilan buat Adik Zara Qairina yang dibuli hingga meninggal dunia.

Selebriti popular, Mimi Lana tampil lantang menyuarakan tuntutan keadilan buat Adik Zara QairinaC remaja 13 tahun yang menjadi mangsa buli sehingga membawa maut.

Menerusi satu hantaran penuh emosi di Instagram, Mimi menekankan bahawa Adik Zara pernah merayu dan menyebut nama pembuli, tetapi malangnya, tiada siapa yang benar-benar mendengar.

Dia dah minta tolong. Dia dah bagi petunjuk. Tapi suara dia tak pernah benar-benar didengari… sehingga dia akhirnya pergi.

“Sampai bila nak diam?” – Mimi Lana

Mimi dan Syafiq tidak menyembunyikan rasa marah terhadap sistem yang gagal melindungi remaja itu dan menyeru agar semua pembuli disiasat dan ditangkap segera.

IKLAN

Dan pembuli-pembuli itu masih bebas di luar sana! Apa lagi yang kita tunggu? Sampai ada lagi budak yang terkorban baru nak bertindak?

Selar ibu bapa yang lindungi pembuli

Zara Qairina

Mimi turut menyelar ibu bapa yang masih membela anak mereka walaupun sudah tahu mereka adalah pembuli.

Zara patut hidup. Tapi sistem gagal lindungi dia. Sekarang, sistem kena betulkan semula.

Mereka mendesak agar identiti pembuli yang pernah disebut oleh arwah didedahkan agar masyarakat tahu siapa yang harus dipertanggungjawabkan.

Netizen sokong dan puji keberanian Mimi

Mimi Lana

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang sokong dan turut berkongsi kemarahan sama. 

Bukan tu jer, ada juga yang berterima kasih kepada Mimi kerana menggunakan pengaruh sebagai artis untuk bersuara.

Pssttt! Buli bukan isu remeh. Semoga suara Mimi Lana jadi penggerak kepada perubahan yang sebenar-benarnya. Kita semua ada tanggungjawab, jangan diam bila ada ketidakadilan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas