Connect with us

Oh! Media

Pusat Judi Dalam Talian Operasi Di Bangunan Mewah Ditahan

Ohmedia polis judi dalam talian

Oh! Tidak

Pusat Judi Dalam Talian Operasi Di Bangunan Mewah Ditahan

Polis serbu pusat judi online di pejabat mewah Jalan Kia Peng, 13 individu China ditahan.

Siapa sangka, sebuah pejabat di tingkat 23 bangunan mewah di Jalan Kia Peng rupa-rupanya dijadikan markas sindiket judi dalam talian!

Semalam, pihak polis menjalankan serbuan besar-besaran sekitar jam 1 tengah hari dan berjaya menahan 13 individu yang dipercayai terlibat.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, serbuan itu dilakukan hasil risikan rapi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) bersama IPD Dang Wangi melalui Op Dadu.

IKLAN

Gaji lumayan pusat judi berjaya tarik pekerja tempatan…

Pusat judi online

Dalam serbuan tersebut, seramai lapan lelaki dan tiga wanita tempatan serta dua lelaki warga China ditahan. Lebih mengejutkan, sindiket ini menawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan kepada pekerja untuk menarik minat orang tempatan bekerja dengan mereka.

Difahamkan, pusat ini menjadi pangkalan untuk promosi judi dalam talian yang mensasarkan pasaran di Indonesia. Kemas betul mereka sembunyi di sebalik ‘ofis korporat’!

Prezcom datuk mohamed usuf jan mohamad

Polis turut merampas beberapa peralatan penting ketika serbuan antaranya 14 set komputer, dua komputer riba, dua kad akses, dua modem Wi-Fi, satu router dan mesin tandatangan kehadiran. Memang nampak macam operasi pejabat biasa kalau tengok dari luar.

Katanya lagi, operasi sindiket ini dipercayai bermula sejak awal April lepas dan beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Pssttt! Korang yang tengah cari kerja, jangan sampai tergoda dengan gaji lumayan dari kerja-kerja haram macam ni. Bukan saja boleh kena tangkap, tapi nama baik pun tercalar. Ohmedia harap korang sentiasa bijak menilai tawaran kerja dan laporkan kalau terbau ada aktiviti mencurigakan!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas