Connect with us

Oh! Media

“Tiada NGO Atau KKM” – Polis Jelaskan Serbuan Di Kelantan Berasas Maklumat Dan Bukti Sah

Ohmedia kelantan

Trending

“Tiada NGO Atau KKM” – Polis Jelaskan Serbuan Di Kelantan Berasas Maklumat Dan Bukti Sah

Polis Kelantan tampil memberi penjelasan isu tular serbuan di Kelantan. Tegaskan bukan diskriminasi!

Polis Kelantan tampil memberikan penjelasan lengkap mengenai serbuan yang dibuat terhadap satu perjumpaan tertutup di sebuah homestay di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Dato’ Hj. Mohd Yusoff bin Mamat, siasatan awal mendapati program yang diberi nama Program Gathering Komuniti itu dijalankan tanpa penglibatan atau kelulusan pihak berautoriti seperti NGO atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jemputan guna WhatsApp, tiada kelulusan rasmi

Kelantan

Pihak PDRM menerima maklumat melalui jemputan WhatsApp bertulis santai seperti:

IKLAN

Dijemput semua dalam group ni untuk hadir PROGRAM GATHERING KOMUNITI… Tema: Sopan²… Acara: Chill² membawang dan makan².

Serbuan terhadap perjumpaan kumpulan itu dibuat pihak polis selepas risikan awal dan pemantauan selama beberapa jam.

Polis mendapati sekitar 100 orang hadir ke lokasi dan menjalankan aktiviti makan serta sembang santai.

20 lelaki ditahan, 3 miliki video lucah

Polis Kelantan

Pihaknya membuat serbuan sekitar jam 11 malam dan menahan 20 lelaki yang mengaku sebagai komuniti ‘songsang’.

Daripada jumlah tersebut, 18 berasal dari Kelantan, manakala dua lagi dari Perak dan Terengganu. Tiga individu didapati menyimpan bahan lucah sejenis di telefon dan mengaku pernah terlibat dalam aktiviti songsang.

Ketiga-tiga mereka telah pun dituduh di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan dijatuhi denda antara RM3,000 hingga RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 20 Julai lalu.

Beratus kondom, ubat HIV turut ditemui

Polis

Pihak polis turut menemui beratus-ratus kondom serta beberapa kotak ubat berkaitan HIV di premis berkenaan.

Polis menegaskan tindakan mereka adalah berdasarkan risikan dan bukti sah tanpa sebarang niat diskriminasi.

Kenyataan ini sekaligus menafikan spekulasi bahawa perjumpaan tersebut sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.

Kenyataan penuh:

Pssttt! Terbaik polis Kelantan tegas menangani isu-isu sebegini. Walaupun isu ini mengundang pelbagai pandangan, polis tetap dengan pendirian mereka demi ketenteraman awam.

Kredit: Facebook Polis Kontinjen Kelantan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas