Trending
Program Motivasi Buat Perkara Jelik Dan Ada ‘Air Piya’, 50 Individu Bakal Dipanggil Polis
Polis sahkan menyiasat dakwaan program motivasi ada unsur jelik.
Baru-baru ini kecoh diperkatakan dakwaan program motivasi yang kononnya perbaiki hubungan rumah tangga membuat perkara lucah dan jelik.
Tampil memberi respon mengenai dakwaan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memanggil 50 orang untuk diambil keterangan.
Polis siasat kandungan ‘air piya’

Pihak polis bagaimanapun akan memanggil penganjur yang merupakan pasangan suami isteri terlebih dahulu.
Jelasnya, siasatan juga akan tertumpu kepada kandungan ‘Air Piya’ yang masih belum dihantar ke makmal forensik.
Buat masa ini, kandungan air tersebut masih dalam siasatan dan belum dapat disahkan dakwaan terdapat kandungan bahan psikoaktif dalam air terbabit.
50 individu akan dipanggil

50 individu terlibat akan dipanggil. Siapa dan bila mereka akan diambil keterangan, saya tak dapat kongsikan lagi.
Terdahulu tular di media sosial dakwaan program motivasi yang menggalakkan aksi tidak senonoh.
Peserta dikatakan diberikan ‘air piya’ yang mengkhayalkan sehingga peserta beraksi tidak senonoh dengan satu sama lain.
Peserta juga didakwa menjalani upacara ‘mandi suci’ serta ‘kelahiran semula’ yang dikaitkan dengan elemen ritual agama lain.
Pssttt! Unsur lucah, ritual pelik, dan minuman mencurigakan jelas tidak boleh dipandang ringan. Semoga siasatan polis dapat merungkai kebenaran dan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM