Connect with us

Oh! Media

Azmin Ali Sudah Agak Penyebaran Video Adalah Dari Orang Dalam

bh 20190613 azmin 3807129jpg

Oh! Negara

Azmin Ali Sudah Agak Penyebaran Video Adalah Dari Orang Dalam

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya melalui penyebaran beberapa klip video seks dikaitkan dengannya, dilakukan ‘orang dalam’.

Beliau yang mengakui perkara itu selepas ditanya jika beliau yakin ia perbuatan ‘orang dalam’ susulan ‘kehilangan’ seorang pemimpin PKR sebuah negeri, berkata ketika ini masyarakat umum juga sudah dapat menilai sendiri siapa dalang di sebalik perbuatan penyebaran video berkenaan, kira-kira seminggu selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.

Katanya, sejak awal lagi, beliau yakin perbuatan itu agenda politik pihak tertentu.

IKLAN

“Dari awal saya yakin ini ada agenda politik orang tertentu bertujuan menyekat kemaraan prestasi saya dalam kerajaan pada hari ini dan dalam politik, saya yakin umum sudah lihat siapa dalam episod ini.

“Biarlah polis menjalankan siasatan dan saya kira tidak adil jika kita atau mana-mana individu membuat kenyataan yang boleh dilihat sebagai mengganggu siasatan.

“Saya kira biarlah rakyat membuat hukuman atas perkara ini dan sekarang pun sudah terbukti semakin kuat membayangkan pihak terbabit dalam konspitasi dan tohmahan ini,” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas