Connect with us

Oh! Media

Hilang 7 Bulan, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Yassin Senario

Ohmedia yassin senario isteri

Oh! Artis

Hilang 7 Bulan, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Yassin Senario

Lama betul peminat tertanya-tanya ke mana hilangnya Yassin Senario. Kini misteri terjawab apabila isterinya, Farah Waheeda Maharidan mengesahkan Yassin sudah pun kembali ke tanah air.

Namun begitu, Farah memohon agar semua pihak beri masa dan ruang untuk Yassin berehat bersama keluarga terlebih dahulu.

Ya. Yassin sudah pulang ke Malaysia. Beri ruang untuk Yassin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

Isteri Yassin Senario tak mahu kongsi apa sebenarnya berlaku…

Yassin Senario

Farah akui dia sebenarnya mahu rahsiakan kepulangan suaminya, tapi sedar ramai yang menanti-nantikan berita ini.

IKLAN

Sebenarnya saya nak rahsiakan perkara ini, tapi saya faham ramai yang menantikan kepulangannya.

Buat masa sekarang, dia enggan kongsi lanjut apa sebenarnya yang berlaku, terutama berkaitan isu penahanan Yassin di Arab Saudi atas kesalahan dadah.

Menurut Farah lagi, Yassin kini dalam keadaan sihat dan berat badan pun semakin bertambah.

Alhamdulillah dia sihat. Berat badannya juga makin naik. Saya dan seluruh keluarga gembira dapat bertemu semula dengan Yassin.

Kes pelawak ditahan di Jeddah cetus tanda tanya…

Yassin Senario

Sebelum ini, media pernah melaporkan seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah kerana kesalahan memiliki ganja. Ramai yang kaitkan nama Yassin selepas dia tidak muncul dalam acara kumpulan Senario.

Namun rakan-rakan Senario memilih untuk tidak memberikan komen berkenaan isu ini. Difahamkan, pelawak terbabit dikenakan hukuman penjara enam bulan dan dijangka pulang sekitar April lalu.

Pssttt! Lepas 7 bulan penuh teka-teki, akhirnya terjawab juga ke mana hilangnya Yassin. Isu dadah bukan perkara kecil, tapi ruang untuk pemulihan dan sokongan keluarga sangat penting. Kita doakan Yassin terus kuat, tenang dan kembali bangkit dalam dunia hiburan dengan semangat baru. Selamat kembali, Yassin.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas