Connect with us

Oh! Media

Tak Mahu Ceraikan Nora Ariffin, Dr Rushdi Pilih Jalan Lain

Nora Ariffin

Trending

Tak Mahu Ceraikan Nora Ariffin, Dr Rushdi Pilih Jalan Lain

Pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr. Rushdi Ramli mengejutkan ramai apabila enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin dalam prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini.

Menurut laporan Oh Bulan, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mengarahkan kedua-dua pihak menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dijadualkan pada 4 Jun depan.

Tak mahu lafaz cerai, Dr Rushdi pilih jalan lain

Ohmedia nora Ariffin 1

Peguam syarie yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali memaklumkan yang Dr. Rushdi tidak memberi sebarang alasan kenapa beliau menolak permohonan cerai tersebut.

IKLAN

Pihak defendan tidak menyatakan alasan mengapa dia menolak perceraian.

Beliau turut menjelaskan, jika proses JKP gagal menemui jalan damai, kes akan diteruskan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan seterusnya kepada proses hakam.

Nora Ariffin hadir sendirian, bersedia terima apa jua keputusan

Nora Ariffin

Sebelum ini kami melaporkan yang Datuk Nora hadir ke mahkamah secara berasingan dari suaminya dan menyatakan bahawa dia sedia menerima takdir serta berharap dapat keluar dari persekitaran yang dianggap “toksik”.

Kalau jodoh sampai di sini, saya terima. Mahu mulakan hidup baru dan bersihkan nama.

Pssttt! Setiap hubungan ada ujiannya, tapi bila sampai ke mahkamah, cuba selesaikan dengan berhemah. Jangan biar ego menghalang jalan damai.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas