Connect with us

Oh! Media

Syarikat Tudung Fazura Didakwa Berhutang Lebih RM4.5 Juta?

Fazura

Trending

Syarikat Tudung Fazura Didakwa Berhutang Lebih RM4.5 Juta?

Kecoh di media apabila Feline Malaysia, syarikat pengilang tudung, tampil mendedahkan bahawa mereka tidak menerima bayaran penuh daripada syarikat milik selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifuddin.

Menurut laporan The Rakyat Post, jumlah yang dituntut kini mencecah RM4.65 juta!

Pesanan tudung sejak 2022, tapi masih tak dibayar?

898a7951 c786 4d57 b289 462b9a5989ec

Dalam dokumen tuntutan yang difailkan oleh Obor Holding Sdn Bhd (pemilik Feline Malaysia), mereka mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd milik Fazura hanya membayar RM2.68 juta daripada jumlah keseluruhan RM7.33 juta.

IKLAN

Lebih mengejutkan apabila pesanan tambahan bernilai RM3.6 juta untuk Koleksi Merdeka 2024 tetap dibuat walaupun hutang sedia ada belum dilangsaikan!

Cek RM1 juta gagal ditebus dari syarikat Fazura?

900b7f15 5d4d 448b 853d 56af8056cb6b

Feline turut mendakwa diberi harapan bahawa bayaran akan dibuat kerana projek berkenaan dikatakan mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan, BOH, dan Institut Kanser Negara.

Namun, hingga kini tiada bayaran diterima dan cek bernilai RM1 juta yang diberikan oleh syarikat Fazura dan abangnya pada September 2024 dilaporkan tidak laku (cek tendang).

Tindakan undang-undang sudah bermula

Ohmedia fazura 3

Walaupun Fazura meletakkan jawatan sebagai pengarah Pink Fate pada Januari 2025, abangnya Ahmad Faiz Sharifuddin masih kekal dalam syarikat tersebut.

Obor Holding kini dilaporkan sedang memfailkan penghakiman ingkar terhadap syarikat-syarikat terlibat termasuk Pink Fate Sdn Bhd, Fazfit Sdn Bhd, dan individu berkaitan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak Fazura atau pengurusannya.

Pssttt! Dalam apa jua urusan perniagaan, kejujuran dan amanah sangat penting. Kalau ada masalah kewangan, berbincanglah secara terbuka dan jangan biarkan ia menjadi krisis kepercayaan.

Kredit: The Rakyat Post
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas