Connect with us

Oh! Media

Ramai Mengeluh Jalan Tutup Sebab Presiden China Datang, Ini Sebabnya Kenapa Ia Penting!

presiden china

Trending

Ramai Mengeluh Jalan Tutup Sebab Presiden China Datang, Ini Sebabnya Kenapa Ia Penting!

Sejak semalam, netizen meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial apabila 17 laluan utama sekitar Lembah Klang dan Putrajaya ditutup susulan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di X, rupanya masih ramai yang rasa terganggu dengan kesesakan teruk akibat penutupan jalan walaupun penutupan itu sudah dimaklumkan awal.

Tapi kenapa sampai kena tutup banyak jalan?

5837d8a4 e771 4fc5 aaa3 c1297f36a436

Sebenarnya, langkah keselamatan ini bukan dibuat sembarangan, tapi adalah sebahagian dari protokol keselamatan antarabangsa untuk pemimpin besar dunia.

IKLAN

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa pemimpin dunia dikategorikan sebagai ‘high risk target’. Ini termasuk pemimpin dari Amerika Syarikat, China, Korea Utara dan Rusia yang berisiko tinggi menjadi sasaran pengganas dan pembunuh upahan.

Keselamatan dan maruah negara jadi keutamaan

presiden china xi jinping

Disebabkan China merupakan kuasa besar dunia dan mempunyai kepentingan strategik serta ekonomi dengan Malaysia, keselamatan Xi Jinping dan delegasinya dianggap sangat penting.

Segala pergerakan mereka dikawal ketat, termasuk laluan jalan raya, demi memastikan tiada sebarang ancaman berlaku sepanjang lawatan ini.

Penutupan jalan juga bukan semata-mata soal keselamatan, tapi juga soal maruah negara. Kita sebagai tuan rumah perlu pastikan keselamatan dan keselesaan mereka terjamin.

Kadang-kadang kita lupa, benda yang menyusahkan sikit kita sebenarnya penting untuk menjaga imej dan keselamatan negara. Bersabar dan hormati lawatan rasmi negara luar, ya!

Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas