Connect with us

Oh! Media

Baru 4 Bulan Dalam Penjara, Derek Chauvin Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM4.15 Juta

ohmedia derek bebaspng

Trending

Baru 4 Bulan Dalam Penjara, Derek Chauvin Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM4.15 Juta

Masih ingat dengan bekas anggota polis, Derek Chauvin? Dia sebelum ini telah mencetuskan kekecohan dan pemberontakan di seluruh Amerika Syarikat selepas video menunjukkan dia menahan seorang lelaki kulit hitam, George Floyd sehingga mati telah tersebar.

Bagaimanapun, Derek yang sebelum ini ditahan dimaklumkan telah dibebaskan dari sebuah penjara semalam dengan jaminan sebanyak AS$1 juta atau RM4.15 juta.

Rakaman video yang tersebar sebelum ini dengan jelas menunjukkan Derek meletakkan lututnya di leher mangsa sehingga tidak bermaya dan menyukarkan mangsa untuk bernafas. Selepas beberapa minit, mangsa sudah dilihat tidak bernyawa lagi.

IKLAN

Derek Chauvin dibebaskan AS$1 juta hari ini (semalam), membeli kebebasan selepas ‘menjerut’ kehidupan George Floyd berhubung AS$20 (RM83.05). – Tulis kenyataan terbabit.

Derek kemudian ditangkap pada Mei lalu dan didakwa melakukan pembunuhan peringkat kedua dan ketiga yang kemudiannya dipenjara selama 4 bulan sehingga hari ini.

Notis juga telah dikeluarkan pejabat Daeran Hennepin yang mengesahkan pembebasan Derek. Tapi, Derek dikatakan perlu berada di Minneapolis sepanjang perbicaraannya berlangsung.

Apa agaknya yang akan berlaku selepas ini? Bukti sudah jelas dan kalau Derek masih boleh lepas, undang-undang memang sangat lemah walaupun di Amerika Syarikat yang megah mengatakan mereka antara terbaik di dunia.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas