Trending
Tular Rakaman Terakhir Norshamira Undang Perhatian Ramai
Mangsa bunuh, Norshamira Zainal yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, disifatkan sebagai seorang yang rajin dan kuat semangat mencari rezeki dengan menjual sambal.
Menurut laporan Harian Metro, perkara ini dikongsikan seorang pengguna TikTok, Raz yang pernah berjumpa dengan Allahyarham minggu lalu di Kuantan.
Seorang yang rajin dan ramah
Dalam video itu, Norshamira dilihat ramah menyapa dan mempromosikan sambal jualannya dengan penuh sopan.
Video Norshamira tular raih 3.3 juta tontonan

Video tersebut menjadi tular dengan lebih 3.3 juta tontonan dan dihujani komen netizen yang berkongsi pengalaman mereka berurusan dengan arwah.
Salam takziah kepada keluarga arwah Shamira. Baru saja minggu lepas jumpa arwah. Sambal dia memang sedap, menyesal beli satu saja.
Difahamkan, sebelum kejadian tragis menimpanya, Norshamira sempat membantu mencari seorang kanak-kanak yang hilang dan menyatakan hasrat mahu segera pulang ke rumah.
#ApaKataOhmedia
Kehidupan ini penuh dengan ujian, namun kebaikan seseorang akan sentiasa dikenang. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
