Connect with us

Oh! Media

Empat Maut Di Konsert Pinkfish, Polis Siasat Ada Pengambilan Dadah

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Empat Maut Di Konsert Pinkfish, Polis Siasat Ada Pengambilan Dadah

Empat individu, termasuk dua wanita, dilaporkan maut selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa mangsa dipercayai mengambil dadah jenis ekstasi berdasarkan siasatan awal.

Apa yang mengejutkan, tujuh individu menunjukkan simptom yang sama, namun mereka hadir ke konsert itu secara berasingan bersama kawan-kawan dan keluarga.

IKLAN

Dua daripada mereka masih dirawat di ICU, manakala seorang lagi telah discaj dari hospital.

Kami masih menunggu laporan toksikologi dan punca sebenar kematian dari makmal.- Menurut Datuk Hussein.

Siasatan polis dan tindakan susulan

Polis telah membuka empat kertas siasatan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan dalam kes ini.

Sehingga kini, keterangan telah diambil daripada empat individu dan penganjur konsert juga akan dipanggil.

Datuk Hussein turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Hasil bedah siasat mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa ini.

#OhmediaNasihat

Konsert dan hiburan memang menyeronokkan, tetapi penting untuk menjaga keselamatan diri. Elakkan sebarang aktiviti yang melibatkan pengambilan bahan terlarang kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga membahayakan nyawa. Ingatlah, keputusan kecil boleh membawa kesan besar.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran, dan sentiasa utamakan keselamatan dan kesihatan ketika berhibur.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas