Connect with us

Oh! Media

Kim Seri Pasrah Jika Berdepan Jeriji Besi, Dedah Kena ‘Kick’ Dari Restoran Secara Tiba-Tiba

Ohmedia kim Seri 2

Trending

Kim Seri Pasrah Jika Berdepan Jeriji Besi, Dedah Kena ‘Kick’ Dari Restoran Secara Tiba-Tiba

Terdahulu, pempengaruh kontroversi, Kim Seri yang dikaitkan dengan hutang ratusan ribu ringgit berjanji akan melangsaikan hutang pelanggannya sebelum Februari 2025.

Pempengaruh yang kini menetap di Korea Selatan ini memohon maaf di atas apa yang berlaku dan akan bertanggungjawab sepenuhnya.

BACA: Didakwa ‘Makan’ Duit Pelanggan Dan Beri Tiket Palsu, Kim Seri Akhirnya Beri Respon

IKLAN

Terbaru, wanita ini meluahkan rasa pasrah sekiranya kehidupannya berakhir di penjara. Jelasnya, dia sudah mencuba pelbagai cara namun halangan tetap mendatang.

Kim Seri pasrah jika akhirnya ke penjara

Seri 1

Jika hidupku akhirnya di jeriji besi? Jika jalanku nanti bawanya dengan rotan dan digantung tali? Aku pasrah.

Beliau juga meluahkan rasa letih sedaya upaya berjuang namun kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tiga orang anak bukanlah mudah.

Kena tendang daripada KimSeri Restoran

Seri 2

Lebih mengejutkan apabila pempengaruh ini mendedahkan dia sudah ditendang daripada KimSeri Restaurant di Korea Selatan, yang diusahakan sejak Jun 2023.

Screenshot 2024 12 18 103845

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina mengucapkan selamat tinggal kepada restoran yang pernah menjadi sumber rezekinya.

Jelasnya, apa yang pernah dimilikinya satu ketika dahulu adalah pinjaman ketika namanya sedang meningkat naik.

Screenshot 2024 12 18 104202
Screenshot 2024 12 18 104748

Pempengaruh ini juga seolah-olah menafikan dakwaan restoran sekadar jalinan kerjasama kerana dia yang menjumpai restoran itu dahulu.

Sehingga kini, nama Kim Seri menjadi bualan hangat selepas terkait dengan beberapa isu hutang dan penipuan.

Mana tidaknya, ada pelancong Malaysia yang mengambil khidmat pelancongan didakwa tersadai di lapangan terbang akibat tiket penerbangan tidak wujud.

Ohmedia kim Seri 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Kim Seri


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas