Trending
Polis Sahkan Along Cham Ditahan, Disyaki Miliki 60.3 Gram Ganja
Pihak polis mengesahkan bahawa selebriti yang ditahan kerana memiliki ganja di Cyberjaya adalah pelawak Along Cham yang kini berusia 41 tahun.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, mengatakan selebriti itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting untuk mendapatkan perintah reman. Penahanan ini adalah sebahagian daripada siasatan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis jumpa 60.3 gram ganja

Menurut laporan, pelawak itu ditahan di sebuah rumah di Cyberjaya pada jam 3.10 petang semalam di mana polis menemui dedaun kering dipercayai ganja seberat 60.3 gram yang berada dalam simpanannya.
Oleh yang demikian, kes sedang disiasat secara terperinci bagi menentukan sejauh mana penglibatan Alomg Cham dalam aktiviti berkaitan dadah.
#OhmediaNasihat
Penglibatan selebriti dalam kes jenayah, terutama berkaitan dadah akan memberi impak besar kepada reputasi mereka.
Disebabkan itu korang semua wajib menjauhi dadah kerana ia bukan hanya memusnahkan diri sendiri tetapi juga mencemarkan nama baik keluarga dan masyarakat.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM