Connect with us

Oh! Media

Anak Penyanyi Popular Ditahan Kes Curi Ferrari

Ohmedia img 4441

Oh! Tidak

Anak Penyanyi Popular Ditahan Kes Curi Ferrari

Kehilangan sebuah supercar jenis Ferrari di Hulu Kelang baru-baru ini membawa kepada penahanan enam individu termasuk anak kepada seorang penyanyi terkenal. 

Menurut laporan Kosmo, insiden ini mencetuskan tanda tanya selepas pemilik Ferrari yang seorang ahli perniagaan berusia 50-an membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Kerugian dianggarkan sekitar RM300,000 dan perkara itu dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

IKLAN

Kereta itu dibawa lari oleh bekas pemandu yang mendakwa tidak dibayar gaji, namun siasatan masih dijalankan.

Ferrari ditemui dengan nombor pendaftaran palsu

Img 4436

Siasatan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya berjaya membawa kepada penahanan empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 33 tahun pada 17 November lalu. 

Tiga hari kemudian, seorang lelaki berusia 38 tahun turut ditahan.

Ferrari berkenaan ditemui di tempat letak kereta sebuah kediaman di Taman Tunku dengan nombor pendaftaran telah ditukar kepada yang palsu.

Bukan tu jer, seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an juga ditahan bagi membantu siasatan.

Pelbagai Barangan Dirampas

Ohmedia d7f21cd0 68a4 45b6 a861 63f53374287f

Polis turut merampas beberapa barang termasuk lapan telefon bimbit, kunci Ferrari dan Kia, beg silang, pasport, serta tali lanyard bersambung pisau berhulu. Selain itu, beberapa kenderaan lain turut disita da antaranya ialah Naza Suria dan BMW X5.

Kita sedang giat mengesan rakan penjenayah yang masih bebas.

Tiga suspek dikatakan telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala dua lagi direman sehingga esok dan seorang lagi sehingga 3 Disember. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

#OhmediaNasihat

Hutang dan tanggungjawab kewangan perlu diselesaikan dengan adil untuk mengelakkan insiden tidak diingini seperti ini. Walaupun rasa tidak puas hati terhadap majikan, tindakan jenayah bukanlah penyelesaian. Kepada semua, sentiasa berhati-hati menjaga aset dan elakkan kepercayaan penuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hidup ini tentang pilihan, pastikan kita membuat keputusan yang betul demi masa depan yang lebih baik!

Ohmedia img 4441

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas