Trending
“Cik Epal Bagi Jo Kahwin Lain, Jo Bagi Beberapa Nama Dan Nama Pertama Little Miss Khan..”
Kisah rumah tangga antara pempengaruh Cik Epal dan Jofliam kembali panas apabila usahawan Ashhry Atan tampil mempertahankan Cik Epal.
Ashhry yang merupakan rakan kepada Cik Epal menjelaskan isu tawaran bermadu yang pernah dibongkar Dewi sebelum ini.
Perjuangan Cik Epal untuk anak-anak
Ashhry mendedahkan bahawa Cik Epal sebenarnya masih berharap untuk menyelamatkan perkahwinannya demi kestabilan anak-anak mereka.
Jo tak nak rujuk selepas cerai secara taklik, jadi untuk dapatkan Jo rujuk kembali, syaratnya ialah Cik Epal bagi Jo kahwin lain. Jo bagi beberapa nama dan nama pertama Little Miss Khan & nama terakhir ialah Dewi.
Dakwa Ashhry, mustahil untuk mendapatkan Ameera Khan jadi Cik Epal bersetuju untuk bermadu dengan Dewi.
Dilaporkan, Jofliam juga memberikan hadiah-hadiah mewah kepada Dewi sebagai tanda persetujuan untuk bertemu Cik Epal dan berbincang mengenai kemungkinan untuk rujuk serta bermadu.
Namun, selepas insiden ‘kuis-kuis’ rambut antara Jofliam dan Dewi, Cik Epal dikatakan mula tawar hati dan bahkan tidak diizinkan untuk ikut dalam trip ke Milan.
Penafian Jofliam: sekadar drama?
Di ruangan komen, Jofliam tampil menafikan dakwaan yang dibuat usahawan berkenaan. Katanya, apa yang didedahkan adalah fitnah dan dia tidak pernah meminta untuk berkahwin dua.

“Ini kenyataan fitnah. Saya tak pernah minta kahwin dua. Nama-nama tu pun saya tak bagi. Elok la si Ashh ni turunkan benda yang memalukan ni. Kita baca pun malu sebab sinetron sangat,” tulis Jofliam dalam ruangan komen.
Dengan penafian ini, ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka?
#OhmediaNasihat
Dalam menangani isu rumah tangga, menjaga hati anak-anak dan kesejahteraan keluarga amat penting. Perbincangan secara tertutup tanpa melibatkan orang luar boleh mengelakkan salah faham dan menjaga privasi ahli keluarga. Fikirkanlah kebaikan jangka panjang untuk diri dan keluarga, agar kesan buruk dapat dielakkan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Ashhry Atan
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM