Trending
“Kalau Saya Bertudung, Saya Nak Pakai Sampai Bila-Bila”- Ameera Khan Ulas Isu Hijab, Minta Doa Orang Ramai
Baru-baru ini personaliti media sosial dan juga adik kepada usahawan Neelofa iaitu Ameera Khan telah berkongsi pandangannya tentang pemakaian tudung, ketika dia sedang bersiaran langsung di Instagram.
Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK), telah menjawab beberapa pertanyaan termasuk soalan tentang niatnya untuk berhijab.
Ameera Khan Pernah Berhijab

Ameera berkata dia juga pernah menanyakan soalan yang sama kepada dirinya iaitu ‘bila saya akan mula berhijab’. Ujarnya dia sudah beberapa kali mencuba untuk mengenakan hijab, namun percubaannya itu gagal.
Ameera rasa bila boleh bertudung? Okay soalan ini saya pernah bertanyakan pada diri sendiri juga ‘bila nak pakai tudung?’.
Dalam kehidupan saya, saya pernah berhijab dalam dua ke tiga kali sahaja dan kemudian saya buka balik tudung.
Bagaimanapun, Ameera memohon agar orang ramai mendoakan supaya dia kekal istiqomah sekiranya dia sudah berhijab kelak.
Jadi, macam kalau saya nak pakai tudung saya akan pakai sampai bila-bila dan tidak mahu membukanya lagi
Insya-Allah dengan doa semua orang termasuklah doa dari mama dan daddy serta doa sendiri. Insya-Allah satu hari nanti saya akan memakai hijab dan tidak akan ada sebarang fikiran tentang saya belum bersedia untuk bertudung. I can’t say that.
Dalam siaran langsung tersebut, Ameera juga turut mendoakan kepada wanita di luar sana yang sedang berusaha untuk mengenakan hijab agar dipermudahkan urusan.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan kepada sesiapa yang menonton live ini yang sedang berusaha untuk berhijab tetapi mengalami situasi yang sama, saya doakan yang terbaik untuk anda semua.
#OhMediaNasihat
Semoga Ameera Khan terbuka hati untuk berhijab suatu hari nanti. Mari kita doakan agar semua urusan wanita di luar sana yang sedang berusaha untuk memakai hijab dipermudahkan.
