Trending
Mat Redho Dedah Kronologi Kehilangan Anak Lelakinya
Baru-baru ini, pelakon dan atlet sukan ekstrem, Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan telah dilanda kebimbangan apabila anak lelakinya, Haq Medin, yang berusia tujuh tahun dilaporkan hilang.
Terbaharu menerusi temubual di Hot FM, Mat Redho telah tampil untuk berkongsi cerita mengenai insiden kehilangan anak lelakinya, Haq Medin.
Menurut Mat Redho, anaknya dipercayai ingin pergi ke pejabat ibunya yang terletak kira-kira 1 kilometer dari sekolah kerana lapar dan mahu mengajak ibunya makan bersama.
Anak saya kalau balik pukul 12 atau 12.30, mereka kena balik naik bas transit. Dia nak pergi ke pejabat mummy dia, lebih kurang 1km, nak kena lintas jalan besar. Lepas tu dia kata dia lapar, nak pergi cari mummy untuk pergi makan.
Namun, apabila tiba di pejabat ibunya, Haq Medin tidak dapat masuk kerana pejabat itu berada di tingkat yang memerlukan akses kad. Dia akhirnya duduk di hadapan pintu automatik pejabat tersebut.
End up sampai dekat pejabat mummy dia, dia tak boleh nak masuk juga sebab pejabat mummy dia level tinggi. Kena ada akses kad. Jadi dia duduk dekat depan auto gate.
Apabila anak mereka masih belum ditemui, Mat Redho dan isteri membuat keputusan untuk mealaporkan kehilangan anak mereka kepada pihak polis sekitar jam 2.30 hingga 2.50 petang.
Maklumat dari orang sekeliling yang turut berada di kawasan tersebut turut menyatakan bahawa mereka melihat seorang kanak-kanak berjalan di jalan besar.
Selepas 2.30 hingga 2.50 petang, kami ambil keputusan untuk buat laporan polis dan orang sekeliling bagitahu macam familiar budak ni jalan kaki kat jalan besar. Daripada situ bagitahu dekat mummy dia. Mummy dia bagitahu dekat polis tadi ada orang baru telefon dan Whatsapp nampak familiar muka macam ni tapi tak pasti.
Hasil pemeriksaan polis selepas itu mengesahkan bahawa anak mereka memang berada di kawasan pejabat tersebut.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM