Connect with us

Oh! Media

Rupanya Fattah Amin Langsung Tak Tahu ‘Bertahan Demi Cinta’ Bakal Lancar 

Untitled Design   3

Trending

Rupanya Fattah Amin Langsung Tak Tahu ‘Bertahan Demi Cinta’ Bakal Lancar 

Semalam kecoh di media sosial apabila lagu duet baharu pelakon, Fattah Amin dan Fazura bakal dilancarkan tak lama lagi.

Lagu yang bertajuk ‘Bertahan Demi Cinta’ itu dikatakan akan dimuat naik ke semua platform digital pada 10 Oktober 2024.

BACAFattah Amin Dan Fazura Lancar Lagu Duet Pada 10 Oktober 2024

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, pihak Fattah tidak tahu-menahu mengenai pelancaran lagu duet bersama bekas isterinya itu dan perkara ini dikatakan sendiri pengurusnya, Sakirin Acha.

Ada juga dakwaan yang menuduh Fattah cuba menggunakan isu cerainya sebagai gimik untuk mempromosikan lagu itu turut dinafikan Acha.

Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.

Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang.

Acha juga memberitahu yang lagu itu sebenarnya sudah lama dirakam dan pernah dimainkan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella 2’. 

Lagu ini pernah dimainkan dalam drama Hero Seorang Cinderella 2. Malah proses penggambaran muzik video juga sudah lama dibuat di Indonesia.

Cuma tak sangka pula single ini dilancarkan sekarang hingga mengundang pelbagai fitnah yang tidak benar. Jadi, saya harap netizen berhenti membuat spekulasi tak betul.

Pengurus Fattah itu juga memaklumkan keadaan terkini Fattah selepas ditanya pihak media.

Insya-Allah Fattah baik-baik saja. Saya yakin dia kuat untuk menghadapi ujian ini. Cuma apa yang berlaku ini membuatkan dia sangat tertekan dan terkejut, tapi saya harap dia reda.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas