Oh! Tidak
Wanita Dakwa Diculik Rupanya Kantoi Bermalam Bersama Rakan Lelaki
Sebelum ini ada laporan mengenai seorang wanita mendakwa dirinya diculik tiga lelaki menaiki Perodua Myvi pada Khamis lepas akhirnya telah ditemukan dalam keadaan selamat di Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.
Menurut laporan mStar, hasil siasatan dan gerakan bagi mencari mangsa dijalankan dengan pelbagai elemen serta hasil maklumat orang awam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani.
Dia ditemukan dalam keadaan selamat di kawasan Rompin.
Siasatan mendapati mangsa telah memberikan maklumat palsu kepada ahli keluarganya dengan menyatakan diculik kerana mahu bermalam dengan kawan-kawan di kawasan mangsa dijumpai.
Wanita itu didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dijalankan kata Abdul Razak.
Bukan tu jer, terdapat dua orang lelaki warga tempatan yang bersama dengan wanita itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM