Connect with us

Oh! Media

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik 15 Hingga 42.7 Peratus

Ohmedia kenaikan gaji penjawat awam

Oh! Negara

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik 15 Hingga 42.7 Peratus

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira buat penjawat awam dengan pelarasan gaji sebanyak 15% bagi pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Turut diumumkan, kenaikan gaji sebanyak 7% bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa, bermula 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.- Kata Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan, semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024.

Untuk Fasa 1, pegawai Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 8%, manakala Fasa 2 menyaksikan tambahan 7%. Bagi pegawai KPT pula, pelarasan adalah sebanyak 4% pada Fasa 1 dan 3% pada Fasa 2.

Seperti penjawat awam yang akan mendapat pelarasan gaji pada Disember 2024, pencen pesara juga akan diselaraskan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.- Jelas Anwar.

Dengan faedah berganda yang diumumkan, peningkatan pendapatan penjawat awam dijangka antara 16.8% hingga 42.7%.

IKLAN

Contohnya, seorang Pembantu Hidupan Liar Gred G11 yang kini berpendapatan RM1,795 sebulan akan menerima RM2,115 mulai Disember 2024, dan selepas pelarasan Fasa 2 pada Januari 2026, gajinya meningkat lagi kepada RM2,327.

Kaedah atau formula pengiraan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam sesi libat urus yang akan diadakan selepas pengumuman ini.- Tambah Anwar.

Selain itu, bagi meningkatkan motivasi kerja, insentif berasaskan prestasi akan diberikan kepada pegawai yang telah mencapai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya enam tahun selepas Time-Based Kecemerlangan (TBK) 2.

Insentif ini bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) berdasarkan gred jawatan semasa.

Ohmedia kenaikan gaji penjawat awam

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas