Connect with us

Oh! Media

Terkini Mengenai Kes Pegawai Kanan Polis Langgar Pelajar Sekolah Sehingga Maut

Untitled Design   3

Oh! Tidak

Terkini Mengenai Kes Pegawai Kanan Polis Langgar Pelajar Sekolah Sehingga Maut

Terkini mengenai kes pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak yang didakwa membunuh pelajar sekolah tingkatan lima pada Disember tahun lepas. Mahkamah Tinggi Ipoh akhirnya menetapkan tarikh 5 September depan untuk pendengaran permohonan jaminan.

BACAIni Keputusan Mahkamah Mengenai Kes Pegawai Polis Langgar Pelajar Sekolah Sehingga Maut

Menurut laporan Harian Metro, permohonan pihak pendakwaan kes yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz bagi membalas hujahan yang difailkan pihak Mohd Nazri telah pun dibenarkan Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet.

IKLAN

Masa telah diberikan selama dua minggu untuk hujahan balas difailkan kedua-dua pihak Afzainizam serta pembelaan yang diketuai Jacky Loi Yap Loong.

Saya benarkan pihak pendakwaan untuk membalas hujahan yang difailkan dan saya beri masa dua minggu untuk memfailkan hujahan balasan sebelum menetapkan tarikh pendengaran permohonan

Kedua-dua pihak juga telah memfailkan penghujahan bertulis tapi Afzainizam menyatakan yang pihaknya perlukan lebih masa untuk meneliti hujahan daripada pihak pembelaan. Satu tarikh baharu juga dimohon bagi pendengaran permohonan itu.

Terdapat tiga Timbalan Pendakwa Raya hang hadir dalam prosiding hari ini iaitu Afzainizam, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Low Qin Hui. Untuk pihak pembelaan pula diwakili Jacky Loi, Lim Chi Chau, Lim Jin Wen, Cindy Wong dan M Kuhan dan ada seorang peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa iaitu Amira Najwafitri Amir Arif.

Bukan tu jer, Jacky Loi yang ditemui di luar mahkamah memohon agar satu tarikh awal ditetapkan bagi pendengaran itu supaya lebih adil kepada tertuduh. 

Kita minta kalau boleh diawalkan kerana ini adalah satu permohonan jaminan, tambahan pula tarikh perbicaraan pun sudah ditetapkan bermula November depan. Sekiranya isu jaminan ini tidak diputuskan secepatnya, tidak adil dari segi hak asasi kepada tertuduh.

Untitled Design   3

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas