Connect with us

Oh! Media

“Mak Budak Tu Ok Dengan Tindakan Kami” – Isu Melutut Minta Maaf, Caprice Pertahankan Isteri

Farra Inalis

Oh! Artis

“Mak Budak Tu Ok Dengan Tindakan Kami” – Isu Melutut Minta Maaf, Caprice Pertahankan Isteri

Penyanyi rap Caprice dan isterinya Farra Inalis dikecam teruk gara-gara meminta lelaki yang menghina anak mereka supaya melutut minta maaf.

Menurut netizen, Caprice dan isteri bertindak keterlaluan apabila merakam aksi itu dan memuat naik ke media sosial tanpa mengaburkan muka pelaku.

BACA: “Memaafkan Bukannya Sampai Menjatuhkan Maruah Orang” – Ustaz Syamsul Debat

IKLAN

Terbaru, Caprice tampil mempertahankan tindakan mereka dan meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya move on.

Dalam satu screenshot mesej yang disertakan, seorang individu dipercayai abang kepada pelaku memaklumkan ibu mereka baik-baik je.

Malah, adiknya sendiri yang rela mahu berjumpa dengan Caprice untuk meminta maaf di atas kata-kata hinaan yang dilemparkan kepada anak selebriti itu.

Caprice

Case closed: Pihak/mak budak tu pun ok dengan tindakan kami, so kepada siapa-siapa yang masih tidak puas hati dengan cara Elis… dah boleh move on kot. Jom kita sama-pejuang pejuang dan lawan budaya buli-cyber. Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal apa tu adab. InsyaAllah. Pengajaran untuk kami semua.

Penyanyi yang merupakan aktivis kemanusiaan ini berharap orang ramai dapat bersama-sama mencegah buli siber daripada terus berlaku.

Screenshot 2024 05 05 152250
Caprice 1
Caprice 2
Caprice 3
Caprice 4

Caprice berpendapat dia dan isteri berhak untuk mempertahankan dan melawan bagi pihak anak mereka. Malah, tindakan menunjukkan kepada umum sebagai pengajaran kepada orang lain.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas