Connect with us

Oh! Media

Adira Suhaimi Akhirnya Bersuara Lepas Kecoh Isu Datuk Red Dah 5 Tahun Muflis Dan Ditanggungnya

Adira suhaimi datuk red ohmedia

Trending

Adira Suhaimi Akhirnya Bersuara Lepas Kecoh Isu Datuk Red Dah 5 Tahun Muflis Dan Ditanggungnya

Sebelum ini kami melaporkan yang Datuk Seri Adnan Abu, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi memaklumkan dirinya sudah lima tahun tiada pendapatan tetap dan ingin mencari kerja yang halal bagi menampung perbelanjaan anak-anaknya.

Bukan itu jer, Datuk Red juga mendedahkan dirinya sudah lama diisytihar bankrap dan terpaksa menumpang belas ihsan isteri kedua, Adira.

BACADatuk Red Pinjam Duit Adira RM100 Untuk Beli Juadah Berbuka Puasa

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan mStar, Adira Suhaimi akhirnya tampil bersuara mengenai hal itu dan berkata dia tetap akan berikan sokongan moral kepada suaminya itu yang masih mahu menyelesaikan masalah itu.

Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha (ubah kehidupannya). Saya akan sentiasa sokong.

Saya cuba bantu apa yang saya boleh antaranya adalah bagi dia semangat.

Penyanyi itu juga berharap agar orang ramai tidak mengecam Datuk Red tapi sebaliknya turut sama berikan semangat kepada suaminya itu untuk terus bangkit.

Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulilah. Jangan bagi dia ‘down’ lagi, harap semua orang bagi dia semangat.

Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh tolong.

Semoga urusan Datuk Red dipermudahkan. Baik betul Adira memang ‘simpan’ aib suami walaupun dah laluinya selama 5 tahun.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas