Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tergamak Tolak Kekasih Jatuh Dari Tingkat 23 Apartment, Mangsa Sempat Jerit Sebelum Bunyi Kuat Terhempas Ke Lantai

lelaki tolak kekasih jatuh apartment ohmedia

Oh! Tidak

Lelaki Tergamak Tolak Kekasih Jatuh Dari Tingkat 23 Apartment, Mangsa Sempat Jerit Sebelum Bunyi Kuat Terhempas Ke Lantai

Seorang lelaki dipercayai tergamak menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah apartment di Setia Alam dan telah ditahan polis. Apa kes ni?

Menurut laporan mStar, kejadian itu berlaku pada 10.02 malam semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

64a70fc3 4ad5 44a2 9dd6 799c44f7d395

Menurut saksi, dia terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek serta melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh di kondominium tersebut.

Pada Rabu pukul 10.10 malam, tangkapan telah dibuat ke atas suspek di tempat kejadian.

Suspek yang berusia 37 tahun itu merupakan seorang pemandu lori dan wanita yang maut pula berusia 32 tahun  adalah seorang warga Thailand.

IKLAN

Suspek yang akan direman hari ini di Mahkamah Shah Alam itu juga didapati positif dadah jenis Canabis dan ada 7 rekod jenayah, 1 rekod dadah. 

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan membawa hukuman mati atau pemenjaraan bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pada awalnya, tular satu video menunjukkan pasangan kekasih sedang bergaduh dimuat naik seorang penghuni apartment di media sosial.

Kalau korang tengok video itu, memang dengar bunyi yang kuat apabila wanita itu jatuh dari tingkat 23 dan terhempas di atas lantai. 

Kredit: mStar | X (Video)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas