Connect with us

Oh! Media

Rakyat Malaysia Di Bumi Gaza Kecewa Orang Ramai Hubungi Semata-Mata Nak Dengar Bunyi Bom

Dr nurul ain latif gaza ohmedia

Oh! Tidak

Rakyat Malaysia Di Bumi Gaza Kecewa Orang Ramai Hubungi Semata-Mata Nak Dengar Bunyi Bom

Bagi yang mengikuti perkembangan Palestin – Israel, mungkin mengenali seorang rakyat Malaysia iaitu Dr. Nurul Ain Latif yang berada di Semenanjung Gaza bersama suami.

Nama Dr. Nurul mula dikenali selepas sering berkongsi perkembangan dan situasi terkini peperangan yang berlaku di sana. Perkongsian itu sedikit sebanyak membantu kita di sini untuk mengetahui situasi dan kesukaran sebenar berada di sana.

Bagaimanapun, Dr. Nurul meluahkan rasa terkilannya apabila ramai rakyat Malaysia menghubunginya semata-mata mahu mendengar bunyi bom di sana.

IKLAN

Menurut Ain, sepatutnya rakyat Malaysia lebih sensitif mengenai hal tersebut dan memahami situasi genting yang sedang dilaluinya serta rakyat Palestin ketika ini.

Engkau orang ingat benda ini main-main ke? Kamu nak doakan kami kena bom ke apa sekarang ini?

Dr. Nurul ketika ini sedang berusaha menghantar bantuan kepada penduduk Gaza yang terjejas selepas serangan besar-besaran dilakukan pendatang haram Israel. Jadi, berpada-padalah dalam meminta sesuatu, lihat dan dengar sahaja apa yang dikongsikan mereka di sana.

Image 58

Untuk pengetahuan korang, Dr. Nurul Ain berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan berkahwin dengan lelaki warganegara Palestin pada Oktober lalu.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas