Oh! Tidak
Mata Dan Badan Mangsa Melecur Disimbah Asid, Tertuduh Menangis Teresak Di Mahkamah
Baru-baru ini, tular di media sosial sepasang suami isteri iaitu pengusaha kedai roti naan cedera selepas disimbah asid oleh seseorang yang tak dikenali.
BACA: Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun
Kejadian itu berlaku ketika mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves. Mujurlah, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu.

Menerusi hantaran di Facebook Khairy Adli, mangsa difahamkan melecur teruk di bahagian mata dan badan akibat perbuatan tersebut.
Terbaru, Sinar Harian melaporkan tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Tertuduh yang merupakan seorang warga emas lingkungan 60-an tiba sekitar jam 9 pagi memakai jubah biru sambil diiringi pihak polis.
Tertuduh bagaimanapun dilihat menangis teresak-esak ketika berada di mahkamah.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM