Oh! Artis
(Video)”Masih Islam Ke?” – Status Agama Sajat Jadi Tanda Tanya Netizen
Usahawan dan pemepengaruh, Nur Sajat Kamaruzzaman baru-baru ini membuat sesi siaran langsung atau live di aplikasi TikTok.
Dalam setiap sesi live yang dibuat oleh Sajat, dia akan berkomunikasi dengan penonton sambil menjawab soalan-soalan yang diajukan.
Menerusi sesi live yang dibuatnya baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah mempersoalkan mengenai status agama Sajat.
Sajat maaf tanya, masih Islam ke?
Namun demikian, usahawan itu enggan menjawab soalan tersebut kerana berpendapat netizen tidak sepatutnya mempersoalkan agamanya.

Malas nak cakap.. saya tak nak jawab soalan tu sebab saya rasa soalan tu tak sepatutnya saya jawab.
Malah, usahawan yang berusia 38 tahun itu turut mengajukan soalan kepada netizen mengapa mereka gemar bertanyakan soalan begitu.
Oh sebab baju saya seksi sangat kot? sebab baju saya kan macam wanita-wanita ke neraka. Baju tak mencium bau syurga orang kata…
Sebelum ini, Sajat pernah dikritik oleh netizen kerana tayang foto berbikini sewaktu Hari Arafah kerana tidak menghormati umat Islam.
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM