Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Kereta Terbang Pertama Malaysia Akan Diuji Buat Pertama Kali Khamis Ini

kereta terbangpng

Oh! Negara

Akhirnya Kereta Terbang Pertama Malaysia Akan Diuji Buat Pertama Kali Khamis Ini

Hari tu katanya sedang diuji di Eropah. Sekarang tiba-tiba diakatakan, kereta terbang pertama Malaysia akan melakukan ujian penerbangan pertamanya pada Khamis ini.

Ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan mengatakan bahawa dia sendiri akan memandu uji kereta terbang itu yang boleh memuatkan dua orang.

Jadi, orang Subang boleh datang tengok tak? Sebab ujian ini akan dilakukan di Subang yang turut mengajak ahli Parlimen pembangkang untuk sertai dan tengok sendiri hasilnya.

IKLAN

Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang – katanya.

Kereta terbang dikenali sebagai ‘Vector’ itu adalah dron yang dikuasakan oleh empat motor menggunakan bateri litium-ion dan boleh menampung beban antara 150 hingga 200 kilogram.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas