Connect with us

Oh! Media

“Jangan Ganggu Peserta Saya” – Mas Idayu Dedah Sebab ‘Kunci Mulut’ Sejak Isu Sissy Iman Dan Naim Daniel

20230206 141514 0000

Oh! Artis

“Jangan Ganggu Peserta Saya” – Mas Idayu Dedah Sebab ‘Kunci Mulut’ Sejak Isu Sissy Iman Dan Naim Daniel

Sebelum ini, hangat di media sosial mengenai juri program Famili Duo, Mas Idayu yang terpalit dengan kontroversi bersama Sissy Iman dan Naim Daniel.

BACA: Mas Idayu ‘Kunci’ Mulut Tak Nak Komen, Respon Naim Daniel Dan Sissy Iman Dipuji

Terkini, Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai mummy telah mendedahkan sebab dirinya ‘mengunci’ mulut selepas kejadian itu berlaku.

IKLAN

Bagi peluang buat peserta

F07a45db dd83 4c29 b785 2f10b261a47c 842x1024 1

Mummy mendedahkan tindakannya sebelum ini adalah untuk memberi ruang bagi netizen mengecam dirinya kerana tidak mahu Sissy dan Naim berasa terganggu oleh kritikan negatif masyarakat.

Saya mahu semua peserta habiskan program ini tanpa sebarang tekanan.Setakat ini, biar netizen maki saya dulu, asalkan jangan ganggu peserta saya. Saya nak mereka kuat seperti orang lain. Saya nak mereka yang minta untuk diberikan komen dan bukannya beritahu ini adalah program famili, terpulang sama ada mahu komen atau tidak.

Dalam pada masa yang sama, mummy memberitahu bahawa Sissy tidak memarahinya sebaliknya berasa kecewa dengan persembahan ketika minggu keenam.

Masa saya komen, anda tengok semula betul-betul, Sissy tak menangis pun. Selepas Ajai beri komen yang agak lembut, mungkin dekat situ dia rasa tersentuh. Tetapi apa yang saya nampak, saya tidak rasa dia marah saya tetapi lebih kepada rasa kecewa. Namun, disebabkan dia mendiamkan diri, netizen pula serang saya.

Ha, nampaknya persoalan netizen mengenai kontroversi antara kedua peserta dan juri telah pun terjawab. Betul tak?

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas