Connect with us

Oh! Media

Curi Seluar Dalam Lelaki, Ibu 3 Anak Dipenjara 10 Bulan

Ibutigaanakcurispendar

Trending

Curi Seluar Dalam Lelaki, Ibu 3 Anak Dipenjara 10 Bulan

Padah buat seorang wanita yang mencuri seluar dalam lelaki selepas dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka.

BACA: Lelaki Sanggup Ugut Bunuh Selepas Ditegur Curi Seluar Dalam Jiran

Memetik laporan Kosmo, ibu kepada tiga orang anak itu mengaku bersalah mencuri tujuh helai seluar, sehelai singlet dan tiga kotak seluar dalam lelaki dengan nilai keseluruhan RM1,256 di Aeon Bandaraya Melaka pada 24 November 2022 lalu.

IKLAN

Tertuduh, Farah Munirah Zahari, 34, yang tidak diwakili peguam kemudiannya membuat rayuan agar hukumannya diringankan dengan alasan mempunyai tiga anak kecil, selain ibunya kini menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser dihidapi.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari memohon agar hukuman setimpal diberikan kepada wanita tersebut kerana tertuduh mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan sama.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dari tarikh ditangkap pada 24 November lalu.

Dalam pada masa yang sama, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2003) dan perlu menjalani pengawasan di bawah Seksyen 38(B) atas kesalahan memberikan dadah jenis heroin kepada diri sendiri ketika ditangkap.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas