Oh! Artis
Tiada Niat Nak Sindir, Zul Ariffin Buka Mulut Isu ‘Makan Cili’
Pelakon terkenal, Zul Ariffin akhirnya membuka mulut atas isu ‘makan cili’ di ciapan akaun Twitter miliknya apabila disangka menyindir pihak produksi drama Perempuan Itu.
BACA: “Kurangkan Makan Cili, Nanti Menggelupur” – Ciapan Zul Ariffin Di Twitter Sindir Siapa Tu?
Terpalit dengan isu kontroversi baru-baru ini, Zul Arifiin berkata ciapan di Twitter di situ adalah sekadar nasihat dan tiada unsur tersirat untuk menyindir siapa-siapa.
Kalau terasa, makan cili lah

Pelakon bagi filem Sangkar itu berkata bahawa jika ada pihak yang terasa akan ciapan Twitter beliau, itu adalah perkara di luar kawalannya.
Kalau ada yang terasa, maknanya, orang itu sedang makan cili lah (ketawa). Lain kali, bacalah awal ciapan saya itu supaya tidak menggelupur – Zul Ariffin
Zul Ariffin juga berkata bahawa dirinya juga tidak pasti jika drama yang menyebabkan kontroversinya itu akan ditayang atau tidak apabila ditanya oleh pihak media. Tapi, sudah pasti ciapan di Twitter miliknya itu bukanlah dituju kepada sesiapa. Hmm, apa pendapat warganet?
Kredit: Berita Harian
