Trending
Bikin Onar Di Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Didenda RM2,000 Dan Penjara 10 Bulan
Lima lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh pusat tahfiz sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru.
BACA: “Jap Lagi Kena Kutip Ni” – Tular Video Lelaki Tendang, Tampar Budak Tahfiz Dalam Surau
Bersalah dengan niat
Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, suspek, Wan Haris Wan Ismail, 38, Zulkifli Mohd. Nasir, 27, Azraen Che Mat Noor, 43, Mohd. Amirul Afif Che Mat Noor, 29, dan Rizuwan Hazmi, 47, membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.
Kelima-lima suspek didapati bersalah dengan niat kerana melakukan pencerobohan di sebuah pusat tahfiz pada 11 Ogos yang lalu.
Siti Aisyah kemudiannya menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM2,000 serta tambahan enam bulan penjara sekiranya kelima-lima tertuduh gagal menjelaskan denda.
Tiga daripadanya didakwa akibatkan kecederaan
Dalam pada itu, Wan Haris, Zulkifli dan Azraen didapati bersalah kerana telah menyebabkan kecederaan secara sengaja ke atas Muhammad Zulhafiz Mohd. Rasid, 26, yang merupakan seorang guru di pusat tahfiz tersebut.
Ketiga-tiga mereka dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya.
Untuk kesalahan itu, Majistret menjatuhkan ketiga-ketiga tertuduh termasuk Mohd. Amirul dan Rizuwan lapan bulan penjara dan denda RM1,000 atau tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.
Kredit: Utusan Malaysia | Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM